Saturday, July 25, 2009

KELANTA LUMPUH DI TANGGA KE LIMA

Antara aksi-aksi pada perlawanan Kelantan melawan Kedah di Stadium Sultan Mohammed Ke IV kelmarin.

KOTA BHARU - Hambar dan sengit apabila pasukan bola sepak Kelantan bertemu Kedah di Stadium Sultan Mulammad Ke-1V kelmarin. Kelantan yang inginkan kemenangan di perlawanan kedua terakhir terpaksa pulang tangan kosong.

Perlawanan pertama tanpa Mohd Badri Mohd Radzi akibat kecederaan lalu dilihat mengubah rentak permainan Kelantan.

Pasukan ini dilihat agak tumpul dari segi serangan tanpa kehadiran Ketua Pasukan Kelantan.

Indra Putra Mahayuddin digantung dua perlawanan sebelum ini kembali semasa perlawanan menentang Kedah.

Walau bagaimanapun dia dilihat gagal mempamerkan aksi menarik seperti di perlawanan sebelumnya setelah diminta menggantikan tempat ketua pasukan buat sementara waktu.

Beraksi di hadapan penonton yang memenuhi stadium, Kelantan mula menguasai lawan di awal perlawanan kelihatan agak agresif apabila berjaya menembusi gawang pasukan hijau kuning setelah berjaya membaca taktik permainan Kedah yang bersahaja.

Serangan cubaan daripada pasukan tuan rumah dengan beberapa serangan merbahaya berjaya dihalang pasukan Kedah yang mula mengikuti rentak perlawa-nan pasukan Kelantan.

Pada separuh masa kedua perlawanan, cuaca mula berubah apabila pemain kedua-dua pasukan mula memasuki padang.

Kedah yang memulakan sepa-kan bangkit setelah berehat dengan menggandakan asakan kepada pasukan Kelantan.

Kelantan terpaksa akur dengan kehebatan yang ditonjolkan pasu-kan lawan apabila jaringan Wan Zaim Wan Azizan pada minit ke-49 berjaya membolosi gawang tuan rumah.

Penonton bagaikan tergamam apabila jaringan Kedah mengubah kedudukan mata pasukan jelapang padi. Kedah yang mendahului lawan memaksa pasukan Kelantan untuk mencari mata penyamaan.

Pemain Kelantan dilihat tertekan dengan sorakan penonton mula bermain dengan emosi yang terganggu.

Malah, ada segelintir penonton mula membaling botol minuman ke arah pemain yang berada di padang. Asakan demi asakan tuan rumah tetap tidak berjaya malah pertahanan pasukan hijau kuning sukar ditembusi lawan.

Situasi semakin getir buat pasukan Kelantan apabila Ahmad Azlan Zainal dilayani kad merah setelah mengasari pemain Kedah berjersi nombor sembilan, Mohd Azrul Ahmad pada minit ke-69.

Sehingga ke akhir perlawanan, cubaan pasukan Kelantan tetap tidak berhasil dan perlawanan diakhiri dengan kemenangan pasukan Kedah, 1-0 di tempat sendiri.

Selain itu kedudukan Liga Super di lihat berubah dan Kelantan yang menduduki tangga ketiga sebelum ini jatuh ke tangga ke lima ketinggalan di belakang Kedah di tempat ketiga dan Johor FC di tangga keempat.

No comments:

Post a Comment