Sunday, July 19, 2009

Ferguson kagum persembahan anak-anak buah Rajagobal
Amri yahya berjaya 'menjahit' mulut pengkritik bola sepak negara

Sebelum beredar daripada sesi sidang media tersebut, Rajagobal sempat memberi pesanan kepada Ferguson: "Saya harap anda dapat mengambil seorang dua pemain Malaysia untuk United.", Alex ferguson terus tersenyum ketawa.

Alex Ferguson kagum dengan corak permainan pantas pemain kebangsaan sehingga hampir mengikat pasukannya Manchester United pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Menurut Ferguson, para pemain Malaysia beraksi secara terbuka dan penuh bertenaga walaupun ketinggalan 0-2.

''Peningkatan atau perubahan ketara pasukan Malaysia ialah di babak kedua. Mereka beraksi dengan penuh tumpuan.

"Keputusan ini menunjukkan pasukan ini mempunyai kemampuan. Mereka mempunyai kelebihan iaitu mampu beraksi dengan pantas.

"Tidak mudah berputus asa sehingga berjaya mencuri gol pada masa kecederaan," katanya pada sidang akhbar, semalam. (klik read more untuk maklumat lanjut)

Walaupun kalah, Amri Yahyah muncul wira pasukan kebangsaan apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-45 dan ke-61.

Sebelum itu United membayangkan satu lagi pesta gol apabila mendahulu 2-0 menerusi jaringan Wayne Rooney pada minit ke-8 dan Nani pada minit ke-27.

Kedudukan tersebut bertahan sehingga minit ke-84 apabila Micheal Owen, yang dimasukkan pada babak kedua menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-84.

Ferguson turut memuji semangat melawan para pemain negara walaupun ketinggalan.

"Para pemain Malaysia mempamer keazaman, semangat juang yang tinggi. Mereka juga mampu menguasai perlawanan terutama di babak kedua. Namun, para pemain kami memiliki kelebihan kerana mempunyai pemain berpengalaman yang mampu menangani keadaan terutama Michael Owen.

"Walau apa pun saya gembira dengan keputusan perlawanan Jelajah Asia ini," katanya.

No comments:

Post a Comment