
"Tidak kira sama ada anda peminat Manchester United sekali pun tetapi kalau situasi tersebut sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia perlu menyokong pasukan kebangsaan yang mampu untuk membuat kejutan atau melakar sejarah mencatat kemenangan ke atas United," katanya selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Jelasnya, perkara ini tidak sama dengan negara lain di mana peminat tempatan akan terus menyokong pasukan negara mereka walaupun pada ketika itu pasukan mereka sedang ketinggalan.
"Setidak-tidaknya mereka berteriak ramai-ramai dengan menyuruh pemain Malaysia bertahan supaya kita mampu untuk mengikat United, ia sudah tentu satu keputusan yang boleh dibanggakan jika seri.
"Pemain juga secara tidak langsung akan lebih bersemangat dan kalah sudah tentu bukannya alasan kerana lawan kita adalah sebuah pasukan yang terhebat di dunia," kata Rajagobal.
Dia yang sedikit kecewa dengan reaksi penonton pada 10 minit terakhir dalam perlawanan tersebut mengajak semua peminat yang akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini memakai baju berwarna kuning dan membawa Jalur Gemilang menunjukkan tanda sokongan kepada Malaysia. (klik read more untuk maklumat lanjut)Selepas Manchester United mendapat sokongan tidak berbelah bahagi dalam perlawanan persahabatan pertama, kelmarin jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal mengharap perlawanan kedua hari ini menjadi giliran anak buahnya menjadi tumpuan ramai
Dalam pada itu Rajagobal masih belum pasti pemain mana yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama kerana ada di antara mereka yang mendapat kecederaan kecil termasuk ketua pasukan, Norhafiz Zamani Misbah dan Aidil Zafuan Abd. Radzak.
"Saya akan melihat perkembangan terkini dan maklum balas dari fisioterapi selepas latihan sebentar tadi (semalam), mungkin ada dua atau tiga pertukaran akan dilakukan bagi memberi peluang kepada pemain lain menunjukkan kemampuan mereka.
"Saya membuat pertukaran yang banyak semalam (kelmarin) juga bersebab kerana memikirkan persiapan untuk malam kedua, bukan sahaja untuk melemahkan pasukan," katanya.
Katanya, walaupun pemainnya akan berdepan United buat kali kedua tetapi harapan yang tinggi bukannya satu tindakan yang bagus jika hendak dibandingkan skuad negara yang baru dibentuk dengan pasukan Alex Ferguson yang sudah lama beraksi bersama.
"Apa yang penting kita terus akan memperkuatkan pasukan ini dan meneruskan persembahan cemerlang," katanya
No comments:
Post a Comment