Saturday, August 1, 2009

Liga Super Melabuhkan Tirainya Malam Ini

Persaingan untuk merebut piala Liga Super sudah berakhir namun tumpuan kini terarah kepada Kedah, Johor FC dan Terengganu yang masing-masing mahu menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Super.

Kedah kini menghuni tempat ketiga liga diekori rapat oleh Terengganu dan Johor FC yang masing-masing hanya dipisahkan dua dan tiga mata.

Kedah yang bakal melayan kunjungan Pulau Pinang di Alor Setar dilihat tidak bermasalah untuk mengutip tiga mata penuh bagi menamatkan saingan di tempat ketiga. Johor FC pula berdepan tugas getir untuk menyekat Kelantan di Pasir Gudang.

Kedah, Terengganu dan Johor FC bersaing merebut tempat ketiga liga.

Terengganu yang berkunjung ke Paroi bermungkinan berdepan situasi sukar kerana Negeri Sembilan memilik rekod cemerlang di gelanggang sendiri pada musim ini.

Pertarungan diantara pemain untuk merebut kasut emas turut menghangatkan perlawanan terakhir liga. Carta penjaring terbanyak menyaksikan Nizaruddin Yusof (Perlis) dan Ashaari Shamsuddin (Terengganu) mendahului senarai penjaring terbanyak masing-masing dengan 16 gol.

Indra Putra Mahayuddin (Kelantan) juga masih berpeluang untuk memenangi kasut emas buat kali kedua sejak kali terakhir dimenanginya pada 2004.

No comments:

Post a Comment