Para penyokong dan peminat dinasihati datang seawal pukul 12 tengahari di perkarangan stadium Nasional Bukit Jalil untuk elakkan daripada kesesakan teruk yang dijangka akan berlaku.
Pegawai Turus Penguatkuasa/Operasi, Deputi Superintendan, Ng Fook Long berkata semua laluan masuk ke stadium itu akan sesak teruk dan menyebabkan kesukaran perjalanan. (klik read more untuk maklumat lanjut) "Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan terlebih dulu. Tiada laluan akan ditutup sepanjang perlawanan itu sebaliknya polis trafik akan menjalankan pemantauan dari masa ke semasa.
"Kita turut menyediakan hampir 5,000 tapak meletak kereta dan kira-kira 2,000 tapak bas di sekitar kawasan stadium bagi memudahkan penyokong meletakkan kenderaan mereka," katanya pada sidang media, semalam.
Jalan dijangka sesak nanti ialah Jalan North, Jalan West, Puchong Link, Jalan Games Vilage, Jalan Stadium Hoki, Jalan Stadium Putra dan Jalan Majlis Sukan Negara.
No comments:
Post a Comment