Sunday, July 19, 2009

Dimanakah semangat 'satu malaysia' ?

SEKUMPULAN penyokong setia Harimau Malaya tetap bersemangat sekalipun ditenggelami beribu-ribu penyokong Manchester United.

Tentunya kita ternanti-nanti detik dan ketika Sang Harimau membaham 'Syaitan Merah' tetapi hajat itu hampir menjadi realiti semalam. Skuad negara tewas tipis 2-3 tetapi tetap berjaya menampilkan aksi yang menghiburkan.Walaupun tewas tetapi saya bangga dengan semangat pemain negara yang tetap gagah walaupun beraksi di 'gelanggang lawan'.

Kemana agaknya penyokong pasukan negara semalam kerana seluruh Stadium Nasional dipenuhi penyokong 'Syaitan Merah'. Dimanakah semangat patrioritik seorang warga Malaysia ketika pasukan yang mewakili nama Malaysia memerlukan sokongan mereka untuk memberi saingan yang lebih hebat kepada M.U. ?

Skuad 'satu malaysia' masih di 'BOO' oleh rakyat sendiri yang berjiwa United. Alasan 'malaysia tak kuat' sama sekali perlu dibuang jauh-jauh kerana semua manusia adalah sama sahaja. Penjaga gol Manchster United sendiri pun boleh buat silap dan inikan pula penjaga gol Malaysia. Malah, seorang anak Malaysia bernama, Mohd Amri Yahya berjaya 'menjahit' mulut pengkritik bolasepak negara dengan rapat-rapat melalui jaringan 'World Class' yang menewaskan penjaga gol yang bukan calang-calang orangnya, Erwin Van Der Sar.

Jika anda merupakan peminat United yang berjiwa Malaysia, sekurang-kurangnya janganlah mem 'BOO' kan skuad yang mewakili negara sendiri kerana ianya sekadar perlawanan persahabatan. Betapa bangganya saya apabila melihat seorang 'mat salleh' dari Amerika bersemangat memakai jersi Malaysia dan tanpa sengan silu bersorak melaungkan 'malaysia boleh' di satu sudut stadium semalam. Saya sempat bertegur dengannya, " Excuse me, where are you from ?," beliau menjawab, " I'm from United States of America and I'm going to watching this match". Lalu saya bertanya, "I'm shocks because you are from America but you are wearing malaysian jersey, why ?", beliau menjawab. " ohh.. it's because I like Malaysia!! it's not about I don't support United or what, I'm really United die-hard fans but i want to support Malaysia team and i'm believes that they can be a great team due to their perfomance last weet against Zimbabwe, may I ask you something ?, saya terus menjawab, "yes", beliau bertanya, " why a lot of malaysians who is wearing United jersey says something unpleasent like 'boooo', 'fuck off', 'stupid' to Malaysian team ?", lalu saya pun terpinga-pinga tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya. Hakikatnya itulah perbezaan diantara penyokong United dan Malaysia.

Skuad yang bertemu United semalam tidak boleh dipandang rendah kerana ianya merupakan skuad yang akan mengalas cabaran negara di sukan sea Laos bulan disember ini. Sememangnya mereka memerlukan sokongan peminat tempatan untuk motivasikan diri mereka supaya memberikan yang terbaik.

Warna jersey negara tenggelam di bukit Jalil.

Saya menerima satu kiriman e-mel daripada seorang rakan. Seorang kenalannya dari Indonesia menulis artikel yang berkobar-kobar sifatnya. Andica Haradi dari rangkaian televisyen Trans7 menukilkan satu gesaan yang bersifat patriotik. Andica memulakan artikelnya dengan menoleh kepada peristiwa tahun lalu apabila Indonesia tewas 5-1 kepada Bayern Munich.

Andica mengagak secara nakal pemain Indonesia barangkali bermain sekadar mahu bertukar jersi. Lalu dia menyaran agar pemain Indonesia yang sepatutnya melayan kunjungan United esok (kunjungan United ke Jakarta dibatalkan akibat letupan bom kelmarin), supaya menjiwai logo garuda yang gagah bertakhta di dada pemain.

Andika mengingatkan, usahlah menjadi tuan rumah yang terlalu pemurah.

"Ini kandang (gelanggang) kita. Lapangan hijau Gelora Bung Karno adalah padang pertempuran yang harus dimenangi," kata- nya.

Lupakan sejenak hasrat bertukar jersi. Lebih membanggakan jika Wayne Rooney yang datang menyatakan keinginannya bertukar seragam. Hati penyokong lebih berbunga jika pemain United mengungkapkan kata-kata yang cukup dirindui seperti 'Anda hebat dan kami bangga kalah dengan anda!'

Ungkapan ini juga tentunya dinanti-nantikan jauh di sudut hati kebanyakan peminat bola sepak negara yang berduyun-duyun ke Stadium Nasional petang semalam, biarpun mereka menyarung jersi merah.

Dalam hal ini, garuda yang disebut Andica ditukar kepada Harimau.

No comments:

Post a Comment