Hasrat pasukan bawah 19 tahun kebangsaan untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Bawah 19 Tahun ASEAN diranapkan Thailand apabila tewas tipis 0-1 kepada negara negara Gajah Putih itu.
Jaringan tunggal Surachet Ngamtip pada separuh masa kedua sudah cukup untuk membawa Thailand ke perlawanan akhir.
Malaysia yang turun tanpa Wan Zack Haikal bermula garang dengan melakukan percubaan merbahaya pada minit ke 10 menerusi Irfan Fazail tetapi sempat ditepis penjaga gol Thailand.
Lima minit selepas itu, hantaran Thamil Arasu kepada Irfan Fazail hampir-hampir memberikan gol kepada Malaysia namun tiang menjadi penghalang kepada Malaysia.
Irfan sekali lagi hampir meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-29 menerusi sepakan percuma tetapi kali ini palang gol pula mengecewakannya.
Thailand yang jarang melakukan percubaan lebih banyak melakukan hantaran tinggi yang mudah dipatahkan barisan pertahanan Malaysia.
Sepuluh minit selepas separuh masa kedua bermula, Thailand mengejutkan Malaysia menerusi sepakan percuma Surachet Ngamtip yang berjaya menewaskan Khairul Izzuwan Rosli.
Thailand hampir mengukuhkan kedudukan 20 minit selepas itu tetapi tiang gol menghampakan Thailand.
Pada minit-minit terakhir perlawanan Malaysia cuba melakukan serangan untuk menyamakan kedudukan dan hampir-hampir memperolehnya tetapi Irfan Fazail menendang tinggi ke kawasan pintu gol yang kosong.
MALAYSIA:
Mohd. Khairul Izzuwan Rosli (GK)Mohamad Fadhli Mohd. Shah
Muhamad Fandi Othman
Gary Steven Robbat
Mohd. Irfan Mohd. Fazail (C)
Thamil Arasu Ambumamee
Wan Zaharulnizam Zakaria
Mohd. Khairul Izzuwan Shaari
Mohammad Amer Saidin
Syahrul Azwari Ibrahim (Saarvindran Devendran)
Mohd. Alif Fadhil Ismail
No comments:
Post a Comment