Pasukan remaja kebangsaan berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan B-19 Tahun AFFsetelah membenam Myanmar 2-0 di Kompleks Sukan Thanh Long, Bandaraya Ho Chi Minh petang tadi.
Dengan kemenangan ini skuad negara muncul sebagai naib juara kumpulan B setelah mencatat dua kemenangan dan satu kekalahan dalam tiga perlawanan dan akan bertemu Thailand di peringkat separuh akhir pada Isnin ini (10 Ogos).
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit ke-8 menerusi penjaring terbanyak kejohanan setakat ini, Thamil Arasu hasil daripada gerakan solo.
Enam minit kemudian, skuad negara mengukuhkan kedudukan menerusi tandukan Wan Zack Haikal Wan Nor.
Pada aksi babak kedua, Myanmar cuba menembusi pertahanan negara namun menemui jalan buntu. Myanmar kemudian terpaksa bermain dengan 10 pemain pada 17 minit terakhir selepas seorang pemain Myanmar dilayangkan kad merah oleh pengadil.
MALAYSIA:
Mohd. Khairul Izzuwan Shaari (GK)Muhamad Fandi Othman
Gary Steven Robbat (Saiful Ridzuan Selamat 81')
Mohd. Irfan Mohd. Fazail (C)
Thamil Arasu Ambumamee (Saarvindran Devendran 66')
Muhd. Amer Saidin
Wan Zack Haikal Wan Nor
Wan Zaharulnizam Zakaria
Mohamad Fadhli Mohd. Shah
Mohd. Bukhari Idris (Khairul Izuan Rosli 21')
Syahrul Azwari Ibrahim
No comments:
Post a Comment