Thursday, August 20, 2009

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA

KELANTAN KUTIP PENGALAMAN BERMAKNA

KELANTAN 2

MANCHESTER CITY 5

Tarikh : 18hb Ogos 2009

Venue : Padang Latihan Carrington

Kelantan mengutip pengalaman bermakna sepanjang lawatan sambil belajar ke London sesudah tewas 2-5 kepada kelab Manchester City pada satu perlawanan persahabatan di padang latihan Carrington dua hari yang lalu.

Perlawanan menentang pasukan kelab Manchester City ini merupakan perlawanan persahabtan pertama pasukan Kelantan sepanjang berada di London. Gol-gol pasukan Kelantan dijaringkan oleh Mohd Nizab Ayub dan Mohd Faizol Che Noh.

Saturday, August 15, 2009

FAM kekal format Liga Malaysia 2010



* Pasukan Pahang dan PDRM akan diturunkan ke Liga Perdana 2010

* Pasukan T-Team dan Johor akan dinaikkan ke Liga Super 2010 kecuali juara Liga Perdana 2009, Harimau Muda kerana hanya berstatus pasukan jemputan

* Pasukan negeri dan kelab wajib menyelesaikan hutang-hutang termasuk gaji tertunggak pemain dan caruman KWSP sebelum 30 November depan.

* Pengharaman pemain import dikekalkan

(klik read more untuk maklumat lanjut)

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan bahawa format Liga Malaysia (Liga M) musim depan akan dikekalkan sama seperti format sedia ada.

Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM berkata, hanya pengisian dan syarat-syarat penyertaan akan diperketatkan bagi memastikan Liga M berjalan baik dan kebajikan pemain terjamin.

"Secara keseluruhan, hasil perbincangan hari ini (semalam) menetapkan format Liga M bagi musim 2010 hingga 2014 akan terus kekal sama seperti yang telah diputuskan pada mesyuarat Majlis FAM pada 6 Disem- ber 2008," katanya pada sidang media di Kelana Jaya semalam.

Keputusan tersebut sekali gus menyebabkan Pahang tidak lagi 'diselamatkan' oleh FAM seperti setiap kali format baru diperkenalkan sebelum ini apabila skuad Tok Gajah itu akan diturunkan ke Liga Perdana 2010 bersama-sama PDRM.

Pasukan tempat kedua dan ketiga Liga Perdana, T-Team dan Johor pula akan di- naikkan pangkat beraksi di Liga Super 2010 memandangkan juara Liga Perdana, Harimau Muda hanya berstatus pasukan jemputan.

SDM Kepala Batas yang menduduki tangga tercorot Liga Perdana pula bakal beraksi pada Liga FAM 2010 manakala dua pasukan teratas Liga FAM musim ini, Pos Malaysia dan Tambun Tulang dinaikkan ke Liga Perdana 2010.

Bagaimanapun, Che Mat memberitahu, kesemua pasukan tersebut perlu melepasi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan FAM.

"Ketika mendaftar penyertaan dalam Liga M 2010 pada 14 Oktober depan, pasukan-pasukan perlu membayar deposit sebanyak RM150,000 untuk Liga Super, RM100,000 untuk Liga Perdana dan RM30,000 untuk Liga FAM.

"Mereka juga perlu mengemukakan surat jaminan daripada kerajaan negeri atau penaja yang menyatakan mereka memiliki kewangan yang kukuh iaitu minimum RM2.5 juta (Liga Super), RM1.5 juta (Liga Perdana) dan RM500,000 bagi Liga FAM," jelasnya.

Jika pasukan-pasukan negeri dan kelab berjaya melepasi proses pendaftaran itu, mereka perlu pula menghadapi 'saringan' kedua iaitu wajib menyelesaikan hutang-hutang termasuk gaji tertunggak pemain dan caruman KWSP sebelum 30 November depan.

Undian Piala Malaysia seimbang

SAINGAN Piala Malaysia 2009 bakal menyaksikan pertembungan yang seimbang dalam setiap kumpulan.

Fakta menarik tentang saingan Piala Malaysia 2009 :

1) Mempunyai 5 buah kumpulan, satu kumpulan mempunyai 4 pasukan

2) Juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke suku akhir manakala hanya tiga pasukan di tempat kedua terbaik kumpulan akan turut melayakkan diri.

Kumpulan A dibarisi Perlis, KL Plus, Pahang dan Melaka sementara Terengganu, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak berentap dalam Kumpulan B.

Kumpulan C pula dibarisi Johor FC, Perak, MyTeam dan Kuala Lumpur manakala Kumpulan D menampilkan Selangor, KM Naza, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah.

Kumpulan E pula membaris- kan Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Saingan peringkat kumpulan bakal berlangsung secara liga dua pusingan timbal balik dari 29 September hingga 13 Okto- ber depan.

Juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke suku akhir pada 20 dan 24 Oktober manakala hanya tiga pasukan di tempat kedua terbaik kumpulan akan turut melayakkan diri.

Mengikut jadual yang disediakan, suku akhir bakal mempertemukan juara Kumpulan A dan juara Kumpulan E manakala juara Kumpulan B, C dan D masing-masing akan bertemu tiga pasukan tempat kedua terbaik kumpulan.

Separuh akhir pula bakal berlangsung pada 27 dan 31 Oktober manakala perlawanan akhir dijadualkan 21 November

Keputusan perlawanan persahabatan bagi skuad Malaysia U23

MALAYSIA U23 0-0 KENYA

MALAYSIA U23 0-0 CHINA

Wednesday, August 12, 2009

Tetap bagus walau seri - Rajagobal

SHAH ALAM - Walaupun pasukan bawah 23 tahun negara sekadar mencatat keputusan seri 0-0 menentang Kenya di Stadium Shah Alam semalam, jurulatih, K. Rajagobal tetap berpuas hati dengan tahap permainan anak buahnya.

Menurut Rajagobal, pemainnya terutama di bahagian pertahanan berjaya mengekang pemain Kenya yang mempunyai kelebihan fizikal, malah mampu mengheret perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

"Semua pemain bermain dengan baik secara keseluruhannya seperti saya beritahu sebelum ini mereka masih lagi perlu banyak belajar," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.

Jelasnya, menentang sebuah pasukan yang kuat memberi peluang kepada pemain untuk belajar menghadapi perlawanan yang lebih kompetitif.

"Saya berasa gembira kerana Kenya sudi datang bertemu dengan Malaysia sekali gus memberi ruang kepada pemain saya menimba pengalaman sebanyak mungkin," katanya.

Kenya yang berkedudukan ranking ke-105 dunia menguasai perlawanan pada 10 minit awal separuh masa pertama, namun mereka gagal menembusi gawang yang dikawal, Farizal Marlias.

Pada minit ke-19, Kenya memperoleh sepakan percuma di sebelah kiri pintu gol Malaysia, namun sepakan yang diambil Julius Owina menuju tepat ke dakapan Farizal.

Seminit kemudian Malaysia pula mendapat sepakan percuma bagaimanapun tendangan yang diambil Safiq Rahim berjaya ditumbuk keluar penjaga gol Kenya, Wilson Oburu.

Malaysia sekali lagi memperoleh peluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-39 apabila Zaquan Adha Abd. Radzak melakukan hantaran lambung kepada Norshahrul Idlan Talaha yang tidak dikawal, bagaimanapun penyerang UPB-MyTeam itu gagal melakukan rembatan kemas.

Rajagobal cuba menukar rentak permainan pada separuh masa sambil mengharapkan hantaran lintang dari sebelah kanan dan kiri, bagaimanapun tugas yang dipikul oleh S. Kunanlan dan Khyril Muhymeen Abd. Zambri itu tidak dilaksanakan dengan berkesan.

Malaysia hampir menjaringkan gol pada minit ke-81 apabila hantaran lintang pemain gantian, Amirul Hadi Zainal dari sebelah kanan menuju tepat ke Ahmad Fakri Saarani, namun tandukannya di dalam petak penalti tersasar keluar.

Sumber : Utusan

Monday, August 10, 2009

AFF B-19 : Thailand kecewakan Malaysia

Hasrat pasukan bawah 19 tahun kebangsaan untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Bawah 19 Tahun ASEAN diranapkan Thailand apabila tewas tipis 0-1 kepada negara negara Gajah Putih itu.

Jaringan tunggal Surachet Ngamtip pada separuh masa kedua sudah cukup untuk membawa Thailand ke perlawanan akhir.

Malaysia yang turun tanpa Wan Zack Haikal bermula garang dengan melakukan percubaan merbahaya pada minit ke 10 menerusi Irfan Fazail tetapi sempat ditepis penjaga gol Thailand.

Lima minit selepas itu, hantaran Thamil Arasu kepada Irfan Fazail hampir-hampir memberikan gol kepada Malaysia namun tiang menjadi penghalang kepada Malaysia.

Irfan sekali lagi hampir meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-29 menerusi sepakan percuma tetapi kali ini palang gol pula mengecewakannya.

Thailand yang jarang melakukan percubaan lebih banyak melakukan hantaran tinggi yang mudah dipatahkan barisan pertahanan Malaysia.

Sepuluh minit selepas separuh masa kedua bermula, Thailand mengejutkan Malaysia menerusi sepakan percuma Surachet Ngamtip yang berjaya menewaskan Khairul Izzuwan Rosli.

Thailand hampir mengukuhkan kedudukan 20 minit selepas itu tetapi tiang gol menghampakan Thailand.

Pada minit-minit terakhir perlawanan Malaysia cuba melakukan serangan untuk menyamakan kedudukan dan hampir-hampir memperolehnya tetapi Irfan Fazail menendang tinggi ke kawasan pintu gol yang kosong.

MALAYSIA:

Mohd. Khairul Izzuwan Rosli (GK)
Mohamad Fadhli Mohd. Shah
Muhamad Fandi Othman
Gary Steven Robbat
Mohd. Irfan Mohd. Fazail (C)
Thamil Arasu Ambumamee
Wan Zaharulnizam Zakaria
Mohd. Khairul Izzuwan Shaari
Mohammad Amer Saidin
Syahrul Azwari Ibrahim (
Saarvindran Devendran)
Mohd. Alif Fadhil Ismail

Sunday, August 9, 2009

Keputusan penuh Malaysia U23 vs Kedah

MALAYSIA U23 3 - 1 KEDAH

Separuh masa pertama, Malaysia U23 mendahului 2-1 hasil jaringan Zaquan Adha dan Amirul Hadi Zainal.

Separuh masa kedua, Malaysia menang 3-1 hasil jaringan Nor Shahrul Idlan Talaha.

L

Saturday, August 8, 2009

AFF B-19: Malaysia ke separuh akhir

Pasukan remaja kebangsaan berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan B-19 Tahun AFFsetelah membenam Myanmar 2-0 di Kompleks Sukan Thanh Long, Bandaraya Ho Chi Minh petang tadi.

Dengan kemenangan ini skuad negara muncul sebagai naib juara kumpulan B setelah mencatat dua kemenangan dan satu kekalahan dalam tiga perlawanan dan akan bertemu Thailand di peringkat separuh akhir pada Isnin ini (10 Ogos).

Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit ke-8 menerusi penjaring terbanyak kejohanan setakat ini, Thamil Arasu hasil daripada gerakan solo.

Enam minit kemudian, skuad negara mengukuhkan kedudukan menerusi tandukan Wan Zack Haikal Wan Nor.

Pada aksi babak kedua, Myanmar cuba menembusi pertahanan negara namun menemui jalan buntu. Myanmar kemudian terpaksa bermain dengan 10 pemain pada 17 minit terakhir selepas seorang pemain Myanmar dilayangkan kad merah oleh pengadil.

MALAYSIA:

Mohd. Khairul Izzuwan Shaari (GK)
Muhamad Fandi Othman
Gary Steven Robbat (Saiful Ridzuan Selamat 81')
Mohd. Irfan Mohd. Fazail (C)
Thamil Arasu Ambumamee (Saarvindran Devendran 66')
Muhd. Amer Saidin
Wan Zack Haikal Wan Nor
Wan Zaharulnizam Zakaria
Mohamad Fadhli Mohd. Shah
Mohd. Bukhari Idris (Khairul Izuan Rosli 21')
Syahrul Azwari Ibrahim

Thursday, August 6, 2009

AFF B-19 : Skuad negara 'mengamuk'

AFF B-19 : Skuad negara 'mengamuk'

MALAYSIA 7 -1 TIMOR LESTE


Pasukan bawah 19 tahun kebangsaan mencerahkan peluang ke separuh akhir apabila membaham skuad bawah 19 tahun Timor Leste dalam saingan piala AFF U-19 di Vietnam petang tadi. Mereka perlu memenangi perlawanan yang seterusnya menentang Myanmar pada 8 ogos ini untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Tamat separuh masa pertama

Malaysia mendahului 3-1

Gol pertama penalti oleh Thamil Arasu (minit ke-18)

Gol kedua oleh Mohd Fandi (minit ke-24)

Gol ketiga oleh Thamil (minit ke-33)

Gol Timor Leste minit ke 36

Tamat separuh masa kedua

Malaysia menang 7-1

Gol keempat oleh Thamil Arasu (minit ke-73)

Gol kelima oleh Fadhli (minit ke-83)

Gol keenam dan ketujuh oleh Thamil Arasu(minit ke 84 & 86)

Wednesday, August 5, 2009

4 Perlawanan persahabatan menantikan skuad bawah 23 tahun negara


Skuad bawah 23 tahun negara akan mengadakan 4 perlawanan persahabatan dalam rangka persiapan untuk menghadapi sukan SEA di Laos 2009 . Berikut adalah perlawanan yang telah diaturkan :

MALAYSIA U23 VS KEDAH

Tarikh : 8 Ogos 2009

Masa : 8.45 Malam

Tempat : Stadium Darulaman, Kedah

MALAYSIA U23 VS KENYA

Tarikh : 12 Ogos 2009

Masa : 8.45 Malam

Tempat : Stadium Shah Alam, Selangor

MALAYSIA U23 VS CHINA

Tarikh : 15 Ogos 2009

Masa : 8.45 Malam

Tempat : Stadium Shah Alam, Selangor

MALAYSIA U23 VS ARAB SAUDI

Tarikh : 30 Ogos 2009

Masa : Akan disahkan

Tempat : King Fahd International Stadium, Riyadh, Arab Saudi

Klik read more untuk melihat senarai pemain skuad bawah 23 tahun negara

Goalkeepers: Farizal Marlias (Perlis), Syed Adney Syed Hussein (MyTeam), Sharbinee Allawee (Ter);

Defenders: Mazlizam Mohd (Per), Khairul Helmi Johari, Mat Sabree Mat Abu (Ked), Mohd Asra­rud­­din Putra Omar (Sel), Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak (Nse), Mohd Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Faizal Mohamed (Harimau);

Midfielders: Mohd Azmi Muslim, Mohd Bunya­min Umar (MyTeam), G. Mahathevan (Shahzan), Amar Rohidan (Per), Mohd Khyril Muhymeen (Ked), Mohd Amirulhadi Zainal (Sel), Safiq Rahim (KL Plus), K. Gurusamy, Mohd Izzaq Faris, Mohd Fandi Othman (Harimau);

Forwards: Farderin Kadir (K.M. Naza), Norsharul Idlan Talaha (MyTeam), Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, S. Kunalan (Nse), Badrol Bakthiar (Ked) Ahmad Shakir Ali (Harimau).

Coach : K. Rajagobal

Ranking skuad bola sepak negara meningkat



Tidak sampai empat bulan selepas diamanah mengendalikan skuad kebangsaan, K. Rajagobal membuktikan sentuhannya memiliki bisa tersendiri apabila berjaya menaikkan ranking dunia skuad kebangsaan sebanyak lima anak tangga kepada kedudukan ke-152 untuk bulan ini.

Ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dikeluarkan, semalam menyaksikan kedudukan terbaru itu menyamai kedudukan pada 2006. (klik read more untuk maklumat lanjut)

Peningkatan lima anak tangga itu melonjakkan kedudukan kita berbanding tempat ke-157 bulan lalu, ke-159 pada Jun.

Ranking paling rendah Malaysia tahun ini ialah di tempat ke-163 pada Mei.

Kedudukan terendah dalam sejarah bola sepak tanah air ialah ke-170 pada April 2008.

Naik lima anak tangga merupakan peningkatan ranking paling tinggi setakat ini bagi pasukan yang pernah menduduki ke-75 FIFA pada Ogos 1993.

Peningkatan dalam ranking FIFA itu dibantu kejayaan skuad Rajagobal menumbangkan Zimbabwe dalam dua perlawanan persahabatan pada pertengahan bulan lalu.

Skuad kebangsaan menang 4-0 pada perlawanan pertama dan menang tipis 1-0 dalam perlawanan kedua, iaitu perlawanan pemanas badan untuk menentang kelab England, Manchester United.

Skuad Rajagobal, yang menggantikan B. Sathianathan, April lalu turut mendapat pujian apabila hampir mengejutkan United sebelum kalah 2-3 kepada dalam perlawanan pertama pada 18 Julai lalu dan mengelak daripada diaibkan pada perlawanan kedua dua hari kemudian apabila hanya tunduk 0-2 kepada skuad Alex Ferguson.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, peningkatan ranking FIFA itu satu petanda positif dalam kemajuan skuad bola sepak negara sejak ia dilatih oleh Rajagobal.

Menurutnya, ia satu pencapaian yang baik walaupun peningkatannya tidak begitu tinggi.

''Ya... Kita akan cuba meningkatkan ranking secara perlahan-lahan. Peningkatan ini sekurang-kurangnya membuktikan kita telah ada perubahan, tidak lagi di takuk lama.

''Saya percaya ranking kita dalam FIFA akan meningkatkan lagi selepas perlawanan persahabatan dengan Kenya dan China selepas ini.

''Apa yang lebih penting, peningkatan ranking ini merangsang semangat pemain dan persediaan kita untuk aksi di Sukan SEA

''Inilah kesan daripada sentuhan Rajagobal yang mula menampakkan impak.

''Saya pernah menjadi pengurusnya dan saya akui dia memiliki gaya tersendiri dalam membimbing skuad kebangsaan.

''Saya harap skuad kebangsaan di bawah Rajagobal akan terus meningkat,'' katanya

the red kijang lah.!

pakat ramai2 skong kelate..
gomo kelate gomo

ade jual budu etep???

KAFA Berjaya Lepasi Masalah Kewangan

Persatuan Bola Sepak Kelantan atau lebih dikenali sebagai Kafa, kini berjaya mengubah kemurungan yang melanda arena bola sepak negeri ini apabila berjaya mengembalikan keadaan yang suram suatu masa dahulu dengan sinar lebih terang dan menyerlah.

Dengan pengurusan terbaru Kafa, yang bermatlamat untuk menaik taraf persatuan ini sebagai satu persatuan bola sepak bertaraf profesional direalisasikan oleh kakitangan pengurusan baru dengan sistem tadbir urus yang lebih profesional dan sepenuh masa.

Untuk merealisasikan impian negeri ini bagi memiliki sebuah pasukan bola sepak yang disegani ramai, bukanlah sesuatu yang mudah kerana pengorbanan yang besar diperlukan untuk membina sebuah pasukan yang kuat dan sanggup menentang lawan.

Kesemua aspek diambil kira pengurusan yang dipimpin oleh Tan Sri Anuar Musa, selaku presiden yang berkebolehan untuk mengubah Kafa dari sebuah persatuan yang suram ke pengurusan yang lebih profesional dari segala segi termasuklah kewangan, masalah pemain, dan perancangan pembangunan bola sepak ke arah lebih cemerlang.

Bukan itu sahaja, Kafa turut melantik seorang Ketua Pegawai Operasi yang berkebolehan untuk mengendalikan team itu secara sepenuh masa. Beliau yang dimaksudkan ialah Mohd Noor Yaacob, yang dipilih berdasarkan latar belakang yang pernah menganjurkan beberapa program sebelum ini.

Mohd Noor dahulunya pernah bergiat aktif dalam politik dan kebanyakan program yang pernah dipimpinnya dilihat berjaya. Dalam pertemuan dengan beliau, katanya pembabitannya dalam Kafa berlaku secara kebetulan pada tahun 2008.

“Pada masa itu, saya tidak melibatkan diri dalam politik lagi dan dilihat sebagai seorang yang mempunyai masa untuk membentuk dan menyusun struktur organisasi ini. Selain itu, saya juga berperanan untuk menyediakan satu sistem yang lebih baik dari segi kewangan dan pengurusan.

“Sistem pengurusan tersebut membantu Kafa mencari penaja dan kewangan yang lebih tersusun pada masa akan datang. Kebanyakan persatuan bola sepak di Malaysia dilanda masalah kewangan dan Kafa dikenali sebagai salah satu persatuan yang pernah menghadapi masalah tersebut.

“Bagaimanapun, kita berjaya atasi masalah tersebut setelah pucuk pimpinan diterajui oleh Tan Sri Anuar Musa berjaya membentuk sebuah pasukan yang bersedia untuk menghadapi apa jua liga yang dianjurkan FAM,” katanya.

Sememangnya, kewangan banyak memainkan peranan penting untuk Kafa menghantar wakil negeri ke liga perlawanan yang dianjurkan FAM kerana setiap perlawanan memerlukan kewangan yang banyak untuk membayar gaji pemain, kakitangan, insurans, dan kos pengurusan ketika bermain di luar.

Seseorang yang memikul tanggungjawab sebagai presiden Kafa bukan sahaja perlu memiliki kewangan yang kukuh, malah beliau perlu mempunyai daya kepimpinan dan kreativiti untuk memajukan lagi sukan bola sepak negeri dengan menjalankan beberapa program pembangunan bola sepak seperti Piala Presiden dan Piala Kijang Mas.

Dalam tempoh tersebut, Kafa berjaya menangani masalah kewangan yang pernah dihadapi pengurusan sebelumnya dan kesemua keperluan kewangan seperti gaji pemain, bonus dan kebajikan pemain dan kakitangan berjaya diatasi.

Sehingga ke hari ini, Kafa tidak menghadapi masalah kecuali masalah kewangan yang lalu iaitu yang membabitkan tuntutan gaji dan bayaran EPF dan PERKESO yang tertunggak.

“Hanya sebahagian dapat diselesaikan. Tanggungan tersebut tidak dapat diselesaikan ekoran dokumen perjanjian yang tidak jelas dan pihak Kafa akan meneliti, mengkaji serta berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secara baik,” katanya.

Untuk tujuan itu katanya, Kafa memerlukan kerjasama semua pihak agar masalah yang melanda dapat diselesaikan.

“Kafa tidak boleh mengikut apa yang dituntut tanpa usul periksa kerana jika tuntutan seperti itu dilakukan, pasti kami akan berhadapan dengan situasi tidak mampu untuk menghadapi liga yang dipertandingkan akan datang,” jelasnya.

Sehingga hari ini, satu-satunya punca kewangan Kafa secara tunai ialah melalui penjualan tiket di Stadium Sultan Muhammad ke-1V.

“Kita berterima kasih dengan sokongan peminat yang membanjiri stadium ketika perlawanan pasukan Pahlawan Merah beraksi di tempat sendiri dan berharap agar sambutan yang diberikan akan berterusan,” katanya.

Lebih penting Kafa perlu bergerak pantas mengikut jadual yang ditetapkan FAM, dan sekiranya masalah berbangkit tidak dapat diselesaikan mengikut waktu yang ditetapkan sudah tentu banyak lagi masalah akan berbangkit.

“Kejayaan Kafa hari ini, sebenarnya berkat kepimpinan Tan Sri Anuar Musa dan ahli majlis yang lain kerana banyak berusaha untuk mewujudkan atmosfera yang positif. Jika dilihat sebelum ini, kita tak pernah melihat budaya fanatik berlaku di negeri ini dan stadium di negeri lain juga tak pernah dipenuhi peminat.

“Tapi di Kelantan kita boleh tengok peminat Kijang sanggup mengorbankan wang ringgit membeli tiket dan juga jersi pasukan ini.

“Bukan itu sahaja kami turut mencipta rekod apabila peminat Kelantan membanjiri Stadium Bukit Jalil ketika perlawanan akhir menentang Selangor,” katanya.


Wira Merah Jumpa City

ANNUAR (kiri) menyampaikan dokumen lawatan ke Old Trafford kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan pasukan Kelantan, Azman Ibrahim di Wisma Kafa, Kota Bharu semalam.

JIKA pasukan kebangsaan mendapat pengalaman berguna ketika menentang Manchester United bulan lalu, skuad bola sepak Kelantan juga tidak kurang hebatnya.

Skuad Wira Merah itu dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Manchester City sempena lawatan mereka ke Old Trafford pada 13 hingga 24 Ogos ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, perlawanan persahabatan dengan City bakal diadakan pada 18 Ogos.

Malah Annuar berkata, Kafa bercadang mengadakan dua lagi perlawanan persahabatan sepanjang berada di England termasuk dengan sebuah lagi kelab terkenal.

“Perlawanan persahabatan itu diharapkan dapat memberi pendedahan dan pengalaman baru di kalangan pemain-pemain muda Kelantan,” kata Annuar pada majlis taklimat lawatan pasukan Kelantan ke Old Trafford di Wisma Kafa di Kota Bharu semalam.

Selain itu, pemain Kelantan juga berpeluang menyaksikan perlawanan pembukaan Liga Perdana England antara United dan Birmingham City pada 15 Ogos.

“Jumlah keseluruhan yang mengikuti lawatan itu ialah seramai 83 termasuk 35 barisan pemain dan pegawai.

“Turut mengikuti lawatan itu peminat pasukan Kelantan yang ingin bercuti bersama pemain Kelantan,” tambah Annuar.

Annuar berkata, lawatan itu merupakan hadiah kepada pemain dan pengurus Kelantan selepas layak beraksi pada perlawanan akhir Piala FA musim ini.

Menurutnya, mereka juga akan melancong ke beberapa destinasi menarik di sekitar London.

Kijang Ke Old Trafford 13 Ogos

VS

KOTA BHARU - Sebagaimana yang dijanjikan sebagai hadiah rangsangan, skuad Kijang yang mencipta sejarah layak ke perlawanan akhir Piala FA akan berlepas ke Old Trafford, Manchester pada 13 Ogos ini dalam program 'lawatan sambil belajar'.

Sepanjang berada di sana sehingga 23 Ogos, mereka dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Manchester City pada 18 Ogos ini dan menentang Birmingham pada 20 Ogos.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, perlawanan itu jika menjadi kenyataan diharapkan dapat memberi pendedahan kepada pemain-pemain uda Kelantan tentang tahap profesionalisme pasukan ternama.

Bercakap kepada media media dalam majlis taklimat lawatan pasukan Kelantan ke Old Trafford di Wisma KAFA di Kota Bharu, semalam beliau berkata, pengalaman di England kelak tidak harus disia-siakan.

Katanya, pemain Kelantan juga berpeluang menyaksikan perlawanan pembukaan Liga Perdana England musim baru antara Manchester United menentang Birmingham pada 15 Ogos ini.

''Jumlah keseluruhan yang mengikuti lawatan itu ialah seramai 83 termasuk 35 barisan pemain pasukan Kelantan dan pegawainya.

''Turut mengikuti lawatan itu peminat pasukan Kelantan yang ingin bercuti bersama pemain Kelantan," katanya.

Menurutnya, mereka juga melancong ke beberapa destinasi menarik di sekitar London, bandar Oxford dan Birmingham.

''Saya mengharapkan lawatan itu akan dapat memberi suntikan semangat baru kepada pemain untuk meneruskan perjuangan dalam saingan Piala Malaysia selepas ini," ujarnya.

Tuesday, August 4, 2009

pesta bola merdeka bile???

bile lg nak tggu nih..
janji 31 julai -- 8 0g0s..
nih da nak dkt 8 ogos da nih...
pengurusan bola sepak malaysia x bagos la..
ptot la merudum...tolongg laa!!!



AFF B-19: Malaysia 0 Vietnam 2

Skuad bawah 19 tahun kebangsaan memulakan saingan Kejohanan AFF B-19 dengan langkah kiri apabila tumpas 0-2 kepada tuan rumah Vietnam petang kelmarin.

Faktor keletihan dikatakan punca skuad bawah 19 tahun negara tewas 0-2 kepada pasukan tuan rumah dalam perlawanan pertama Kumpulan B.

Pada separuh masa pertama, Vietnam menghadapi kesukaran untuk menembusi benteng Malaysia. Bermula separuh masa kedua Vietnam berjaya mendahului Malaysia menerusi sepakan percuma yang dilakukan Nguyen Dinh Bao pada minit ke-47.

Gol kedua Vietnam hadir menerusi ketua pasukannya, Nguyen Van Quyet pada minit ke-62.

Malaysia akan menentang Timor Leste pada perlawanan kedua Khamis ini.

MALAYSIA:

Mohd. Khairul Izzuwan Shaari (GK), Muhammad Fandi Othman, Gary Steven Robbat, Mohd. Irfan Mohd. Fazail, Mohd. Khairul Izzuwan Rosli, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohamad Fadli Mohd. Shas, Mohammad Amer Saidin, Mohd. Aliff Fadhil Ismail, Saiful Riduan Selamat, Aiman Syazwan Abdullah

Senarai Pegawai dan Pemain untuk AFF U19 Youth Championship 2009

Pasukan bawah 19 tahun Malaysia telah menyertai semula kejohanan AFF U19 Youth Championship 2009 di Vietnam bermula pada malam ini. Perlawanan menentang tuan rumah, Vietnam pastinya sengit dan Malaysia mesti menggunakan segala kelebihan yang ada supaya kekal bertanding sehingga ke Final kejohanan ini. Rekod Malaysia setakat dari tahun 2005 sehingga sekarang menunjukkan Malaysia antara pasukan yang mempunyai prestasi yang baik berbanding seteru Asean yang lain seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Dengan rekod 3 kali naib johan kejohanan ini, Malaysia pastinya tidak akan diambil mudah oleh pasukan-pasukan lain.

Tahun ini diharapkan skuad muda Malaysia menjuarai kejohanan ini. Tahun ini melibatkan 8 pasukan bertanding dan Malaysia berada di group B bersama-samaVietnam, Myanmar dan Timor Leste. Pasukan-pasukan lain adalah seperti Thailand, Kemboja, Australia, dan Singapura. Kejohanan bermula pada malam ini sehingga 12 Ogos 2009.

4 August 2009
Thanh Long Centre – Myanmar vs Timor Leste (1530)/ Australia vs Singapura (1745)
Thong Nhat Stadium – Kemboja vs Thailand (1530)/ Malaysia vs Vietnam (1745)

6 August 2009
Thanh Long Centre – Timor Leste vs Malaysia (1530)/ Singapura vs Kemboja (1745)
Thong Nhat Stadium – Thailand vs Australia (1530)/ Vietnam vs Myanmar (1745)

8 August 2009
Thanh Long Centre – Kemboja vs Australia (1530)/ Malaysia vs Myanmar (1745)
Thong Nhat Stadium – Thailand vs Singapura (1530)/ Vietnam vs Timor Leste (1745)

SemiFinal - 10 Ogos 2009
Final - 12 Ogos 2009

PEGAWAI

ONG KIM SWEE (KETUA JURULATIH)
HASSAN SAZALI B MOHD WARAS (PEN JURULATIH)
YONG WAI HWANG (JURULATIH PENJAGA GOL)
WAN NIZAR B WAN TAIB (IT / MEDIA OFFICER)
MOHD HARRIS B ZAFRAN (PHYSIO)
MANIMARAN A/L K.TARMAL (KITMAN)

PEMAIN

1.MOHAMAD FADHLI B MOHD SHAS
HARIMAU MUDA

2.MUHAMAD FANDI B OTHMAN
HARIMAU MUDA / SSBJ

3.GARY STEVEN A/L ROBBAT
HARIMAU MUDA / SSBJ

4.MOHD IRFAN BIN MOHD FAZAIL
HARIMAU MUDA

5.THAMIL ARASU A/LAMBUMAMEE
HARIMAU MUDA

6.MOHD KHAIRUL IZZUWAN B ROSLI
HARIMAU MUDA

7.SAARVINDRAN A/L DEVENDRAN
HARIMAU MUDA / SSBJ

8.WAN ZACK HAIKAL B WAN NOR
HARIMAU MUDA

9.HAZIQ ZIKRI BIN ELIAS
HARIMAU MUDA

10.WAN ZAHARULNIZAM B ZAKARIA
KELANTAN

11.MOHD KHAIRUL IZZUWAN B SHAARI
KUALA MUDA NAZA

12.MOHD BUKHARI B IDRIS
SSBJ

13.MOHAMMAD AMER B SAIDIN
SSBJ

14.NICHOLAS WEE SHEN MING
SSBJ

15.SYAHRUL AZWARI B IBRAHIM
SSBJ

16.MOHD ALIF FADHIL BISMAIL
SSBJ

17.SAIFUL RIDZUAN B SELAMAT
SSBJ

18.ZULFADHLI B MOHAMAD
SSBJ

19.AIMAN SYAZWAN B ABDULLAH
SSBJ

20.KHAIRIL ANUAR KHALID
SELANGOR

Kelantan Cari Talian Hayat

SALAH satu aksi terbaru menentang Kedah yang dibenarkan berlangsung di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu yang sebelum ini digantung angkara rusuhan penyokong

Beli pemain baru hadapi Piala Malaysia.

KELANTAN sedang mengintai dua atau tiga pemain baru bagi memperkuatkan barisan pertahanan dan tengah dalam mengharungi cabaran Piala Malaysia, yang akan bermula September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, berkata usaha sedang dilakukan bagi mendapatkan pemain secara pinjam daripada kelab tempatan untuk memantapkan lagi kedua-dua posisi itu.

Katanya, faktor kecederaan pemain ketika saingan pada penghujung Liga Super, menyebabkan The Red Warriors memerlukan beberapa pemain baru bagi menguatkan cabaran dalam kempen Piala Malaysia nanti.

"Calon yang berkaliber sedang dikenal pasti dan urusan berkaitan sedang dilakukan pengurusan pasukan. Kami mempunyai masa yang cukup bagi memantapkan pasukan," katanya.

Azman berkata, kedudukan tempat keenam dalam saingan Liga Super sebenarnya sudah melepasi sasaran awal yang ditetapkan pengurusan pasukan Kelantan.

"Kami menganggap kedudukan tempat keenam itu adalah terbaik selepas mengambil kira faktor kegagalan pemain memberi tumpuan kerana Kelantan terlepas beberapa peluang beraksi di gelanggang sendiri berikutan insiden rusuhan penyokong di Kota Bharu," katanya.

Beliau berkata, persembahan yang tidak konsisten pasukan pada penghujung liga ketika kembali beraksi di Kota Bharu, tidak banyak membantu mengekalkan momentum kecemerlangan untuk terus kekal berada di kelompok keempat terbaik.

"Saya yakin dengan persiapan awal dilakukan termasuk menambah dua atau tiga pemain baru yang akan dipinjamkan dari kelab tempatan itu, ia mampu membantu kemantapan barisan sedia ada," katanya.

Penentuan Format Baru Liga Malaysia 15 Ogos

CHE MAT mempengerusikan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Kelana Jaya semalam.

BELUM ada ketetapan.

Demikian hasil pertemuan antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan wakil-wakil persatuan bola sepak negeri dan kelab berhubung format baru Liga Malaysia (Liga M) 2010 yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sebaliknya, wakil-wakil tersebut yang terdiri daripada setiausaha agung dan jurulatih itu diminta pulang berbincang dengan persatuan bola sepak negeri dan kelab masing-masing sebelum datang berbincang semula dengan FAM pada 15 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPT) FAM, Datuk Che Mat Jusoh berkata, sepanjang pertemuan semalam, pihaknya telah menyatakan cadangan serta syarat-syarat untuk pasukan negeri dan kelab bagi format Liga M musim 2010 dan seterusnya.

"Semua cadangan itu akan dibincangkan semula oleh wakil negeri dan kelab dan sebarang rumusan hendaklah dibentangkan pada 15 Ogos nanti. JKPT akan tentukan format baru tersebut dan selepas itu kita akan kemukakan ke Majlis FAM, barulah ia dimuktamadkan.

"Pelbagai syarat dicadangkan seperti deposit wang tunai RM500,000 untuk menyertai Liga Super, RM300,000 untuk Liga Perdana dan RM30,000 untuk Liga FAM musim depan.

"Mungkin Liga Super hanya untuk negeri saja dan Liga Perdana untuk kelab saja atau Liga Super untuk kelab yang profesional dengan pemain import dan Liga Perdana untuk pasukan negeri dengan tumpuan kepada pembangunan.

"Atau mungkin juga format sedia ada ini akan kekal tetapi pengisiannya diperkasakan dengan syarat-syarat baru.

"Selain itu, cadangan lain, setiap pasu- kan perlu menyelesaikan apa-apa hutang mereka sebelum 31 Oktober depan. Jika gagal, mereka tak dibenarkan beraksi musim depan," katanya pada sidang media semalam.

Apa yang pasti, Che Mat memberitahu, masalah kewangan dan pengurusan pasukan menjadi kriteria utama dalam menentukan format Liga M musim depan.

"Setakat ini kita ada tujuh pasukan negeri yang masih berhutang caruman dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jumlah keseluruhan hutang itu ialah RM6.2 juta.

"Jadi kita boleh buat ketetapan bahawa hutang KWSP ini dan juga hutang-hutang gaji tertunggak pemain perlu diselesaikan jika mereka mahu beraksi dalam Liga M musim depan," tegasnya.

Pada Kongres FAM ke-46 yang berlangsung 21 Jun lalu, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah menerusi titahnya yang disampaikan Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad, mahukan format Liga M dirombak musim depan.

Ia bagi memastikan saingan lebih menarik dan pada masa yang sama mampu mengatasi masalah kewangan yang dihadapi pasukan-pasukan bertanding ketika ini.

Harimau Muda Juara Liga Perdana

Skuad Harimau Muda berjaya mengetepikan saingan terdekat T-Team untuk menjuarai Liga Perdana setelah menewaskan Kuala Lumpur 2-1 pada perlawanan terakhir liga di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini Ahad malam.

Kemenangan ini membolehkan Harimau Muda mengumpul 62 mata daripada 20 kemenangan sekaligus menafikan hasrat T-Team untuk bergelar juara apabila kelab dari Terengganu itu hanya seri 1-1 dengan Shahzan Muda di Kuantan.

Pada perlawanan di Bukit Jalil itu, skuad bimbingan Ong Kim Swee membuka jaringan pada minit ke-32 melalui Fandi Othman sebelum Kuala Lumpur membalas melalui Azwan Abd Malik pada minit ke-50 namun gol kemenangan akhirnya hadir pada minit ke-83 melalui Wan Zack Haikal.

T-Team pula terpaksa akur di tempat kedua apabila seri 1-1 dengan Shahzan Muda di Stadium Darulmakmur, Kuantan dengan Mohd Harris Safwan Md Kamal meledek gol penyamaan pada minit ke-60 setelah tuan rumah mendahului melalui Azizul Kamaluddin seawal minit ke-10 permainan.

Gol tersebut meletakkan Mohd Harris Safwan Mohd Kamal muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini dengan 24 gol.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Johor berjaya menduduki tangga ketiga selepas menumpaskan Proton FC 2-0.

Jaringan tunggal Khairul Izwan Khalid pada minit ke-24 pula membantu pasukannya, Felda United menang 1-0 ke atas Melaka di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Tentera. Tentera mendahului menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Venice Elphie pada minit ke-37. Sabah kemudian menyamakan kedudukan menerusi Wong Sai Kong pada minit ke-75.

Sarawak pula membenam SDM Kepala Batas 5-0 di Batu Kawan. Kedua-dua pasukan tercorot liga ini masing-masing mengumpul 15 dan 7 mata.

Keputusan dua pasukan yang naik ke Liga Super dan dua pasukan yang turun ke Piala FAM bagi musim depan akan hanya diketahui dalam masa terdekat apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan format baru pertandingan musim depan.

Saturday, August 1, 2009

Liga Super Melabuhkan Tirainya Malam Ini

Persaingan untuk merebut piala Liga Super sudah berakhir namun tumpuan kini terarah kepada Kedah, Johor FC dan Terengganu yang masing-masing mahu menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Super.

Kedah kini menghuni tempat ketiga liga diekori rapat oleh Terengganu dan Johor FC yang masing-masing hanya dipisahkan dua dan tiga mata.

Kedah yang bakal melayan kunjungan Pulau Pinang di Alor Setar dilihat tidak bermasalah untuk mengutip tiga mata penuh bagi menamatkan saingan di tempat ketiga. Johor FC pula berdepan tugas getir untuk menyekat Kelantan di Pasir Gudang.

Kedah, Terengganu dan Johor FC bersaing merebut tempat ketiga liga.

Terengganu yang berkunjung ke Paroi bermungkinan berdepan situasi sukar kerana Negeri Sembilan memilik rekod cemerlang di gelanggang sendiri pada musim ini.

Pertarungan diantara pemain untuk merebut kasut emas turut menghangatkan perlawanan terakhir liga. Carta penjaring terbanyak menyaksikan Nizaruddin Yusof (Perlis) dan Ashaari Shamsuddin (Terengganu) mendahului senarai penjaring terbanyak masing-masing dengan 16 gol.

Indra Putra Mahayuddin (Kelantan) juga masih berpeluang untuk memenangi kasut emas buat kali kedua sejak kali terakhir dimenanginya pada 2004.