AKSI penyerang ‘import’, Mohd Zamri Hassan (gambar) untuk Perlis dapat disaksikan apabila melayan kunjungan skuad Kuala Muda Naza di Stadium Utama Negeri Kangar, malam ini.
Perlawanan persahabatan itu adalah yang pertama selepas berehat panjang dan kembali mengikuti latihan, sejak seminggu lalu.
Penolong ketua jurulatih, Azmari Zali, ketika mengesahkan mengenai dua perlawanan persahabatan itu memberitahu, perlawanan itu bakal memberi peluang kepada Zamri mempamerkan aksinya.
Justeru, katanya, perlawanan itu adalah mungkin pertama baginya untuk digandingkan dengan penyerang utama, Mohd Nizaruddin Yusoff selepas menyertai Perlis lebih seminggu lalu.
“Setakat ini, kita kurang mengetahui persembahan pemain ini - melainkan berdasarkan laporan ahbar. Jadi, perlawanan itu nanti adalah peluang bagi kami melihat sendiri keupayaan pemain ini.
“Paling penting, keupayaannya dalam membentuk gandingan dan persefahaman dengan Mohd Nizaruddin serta pemain lain selain sentuhannya dalam melakukan penyudahan peluang dicipta sebagai jaringan,” katanya.
Azmari berkata, selain itu, kedua-dua perlawanan itu juga adalah pentas bagi memulihkan tahap kecergasan pasukan selepas berehat panjang sebaik kembali daripada mengadakan perlawanan menentang kelab Sri Wijaya, Palembang, 19 Ogos lalu.
Katanya, sejak kembali mengikuti latihan, lebih seminggu lalu perlawanan itu nanti diharap mampu meningkat dan memulihkan tahap kecergasan pasukan menjelang perlawanan pembukaan Piala Malaysia
No comments:
Post a Comment