Penyerang Norsharul Idlan Talaha percaya bahawa Malaysia mampu mengakhiri dominasi Thailand di Sukan SEA Laos Disember ini.
Penyerang kelab UPB-MyTeam itu mengatakan bahawa pasukan kebangsaan yang telah melalui perlawanan bertaraf tinggi sepanjang tahun ini, antaranya dengan Manchester United, China dan Arab Saudi, telah membuktikan bahawa mereka telah menunjukkan kemajuan untuk mendapat penghargaan tertinggi pada temasya itu nanti.
"Sebahagian besar daripada pasukan-pasukan yang kami telah lawan adalah pasukan bertaraf dunia dan kami telah bekerja keras dan memberikan yang terbaik untuk Sukan SEA," kata Norshahrul.
Dia menambah bahawa program latihan yang komprehensif selain perlawanan yang diatur untuk pasukan akan melahirkan keputusan yang positif.
""Kami bermain baik pada perlawanan persahabatan sebagai persiapan menentang Thailand dan Vietnam pada Sukan SEA nanti", kata Norshahrul.
Sejak April lepas, skuad bawah 23 tahun kebangsaan telah melalui 11 perlawanan dengan memenangi empat perlawanan menentang bawah 23 Singapura (0-3), bawah 23 Indonesia (1-0) dan Zimbabwe (4-0, 1-0).
Mereka tewas kepada Manchester United (2-3, 0-2) dan mengikat China dan Kenya seri tanpa jaringan.
Dalam kunjungan ke Asia Barat baru-baru ini, Malaysia tewas 1-2 kepada skuad senior Arab Saudi dan tewas 0-1 kepada Al-Qadisiyah sebelum mengikat Jordan 0-0 di Ammam.
Skuad bawah 23 tahun kebangsaan akan menentang Lesotho pada malam ini (10 malam) di Stadium MBPJ, Kelana Jaya sebelum berehat untuk sambutan Hari Raya.
Friday, September 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment